- BAHAYA SYIAH -

Syiah sejak dahulu lagi telah terkenal dengan ajaran sesat dan menyimpang dari Islam. Mereka terkenal dengan sikap suka berdusta (Berbohong) di atas nama Nabi SAW untuk menyebarkan ajaran mereka. Bahkan mereka mendakwa bahawa malaikat Jibril tersalah menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad sepatutnya diutus kepada Saidina Ali RA.

- SEJARAH SYIAH-

Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari San’a, Yaman. Dia datang ke Madinah semasa zaman Saidina Uthman RA dengan berpura-pura memeluk Islam (munafik) dan berlagak alim untuk menyebarkan dakwah bahawa Ali RA adalah pengganti Nabi SAW manakala Khalifah sebelumnya merampas kuasa dari Ali dan Ahlul Bait.

Syiah memang terkenal juga di kalangan ulamanya yang suka membuat fahaman akidah yang sesat dan sesuatu amalan yang menyimpang dari agama seperti beriktikad bahawa semua para sahabat telah murtad setelah kewafatan Nabi SAW kecuali beberapa orang seperti Ali , Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari, Salman al-Farisi dan beberapa orang sahaja yang tidak murtad. Bahkan Khalifah-khalifah Islam seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman RA turut dikafirkan oleh ulama mereka. Mereka juga mengatakan Saidatina Aisyah, isteri Nabi SAW telah berzina dan seorang pelacur. Perkara ini yang masih terus diajarkan ulama' Syiah kepada pengikutnya.

Ulama Syiah juga mengHALALKAN LIWAT kepada isteri, sedangkan liwat ini diharamkan oleh Nabi SAW dan mereka beriktikad (beriman) bahawa TIDAK DIFARDHUKAN solat Jumaat. Di antara ulama-ulama Syiah yang terkenal kekufuran antaranya ialah

* al-Kulaini,
* Saad bin Abdullah al-Qummi,
* An-Naubakhti,
* Abdullah an-Nasyi al-Akbar,
* Abdullah al-Mamaqani,
* Muhammad Husin al-Zain,

dan yang terkini
*Khomeini,
*Ali Khamenei,
*Hasan Nasrullah
*Yasser al-Habib.



Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali, Syeikhul Islam Ibnu taimiyah dan begitu ramai lagi dikalangan ulama salafi mereka mengkafirkan tokoh-tokoh Syiah yang berada di zaman mereka yang mana ia lebih dikenali sebagai SYIAH RAFIDHAH. Seperti perkataan Imam Syafie, “Aku belum tahu ada yang melebihi Syiah Rafidhah dalam persaksian palsu”. (mizanul I’tidal 2/27-28, Karya Imam az-Zahabi)

-BENTUK-BENTUK KESESATAN SYIAH-

Mereka dikafirkan kerana mereka berbeza dalam hal usul aqidah. Antara lain lain dakwaan mereka (ulama' Syiah) bahawa al-Quran yang ada di sisi kita (Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya PALSU dan telah diselewengkan manakala al-Quran yang benar adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai “MUSHAF FATIMAH” di mana kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran kita. Perkara ini boleh dilihat di dalam kitab terkenal mereka iaitu Usul al-Kaafi yang ditulis oleh al-Kulaini.

Mereka mendustakan al-Quran yang ada di sisi kita kerana mereka beriman bahawa para periwayat-periwayat hadis di kalangan sahabat Nabi seperti Abu Hurairah dan Amru bin Ash sebagai pembohong dan pendusta lagi kafir, mereka hanya beriman dengan periwayat hadis di kalangan pengikut mereka sahaja dan Kitab Usul al-Kaafi ini adalah antara rujukan terbesar golongan Syiah dalam mengatakan bahawa yang benar wahyu Allah adalah apa yang terkandung dalam ‘mushaf Fatimah’.

-PEGANGAN & AMALAN PENGIKUT SYIAH-

Di antara dua perkara yang menjadi kelaziman ulama Syiah dan penganutnya ialah TAQIYAH (Hipokritikal) dan Mutah. Taqiyah bermaksud satu ucapan atau perbuatan yang dilakukan tidak sesuai dengan keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta untuk menjaga kehormatan anda.

Mesejnya apabila berhadapan dengan ahli Sunnah maka perlu berpura-pura seperti berakidah dengan ahli sunnah supaya dapat berbaik-baik dengan ahli sunnah dan apabila mempunyai peluang mereka akan menyebarkan ajaran syiah mereka ini.

Sementara itu, MUT'AH pula adalah penzinaan yang diberikan nama nikah bagi mengaburi masyarakat awam yang jahil dalam hal ini. Mut’ah adalah NIKAH KONTRAK tertentu sama ada mengikut hari, bulan, tahun atau beberapa jam sahaja tanpa saksi, wali dan nafkah cuma beberapa bayaran. Pernikahan ini di sisi Islam adalah HARAM dan berdosa besar manakala di sisi Syiah ia adalah pernikahan yang mulia dan anak yang lahir daripada mut’ah adalah anak yang paling mulia.



Syiah juga terkenal dengan amalan perayaan dan ritual mereka yang bid’ah lagi sesat seperti merayakan hari Asyura 10 Muharam dengan mengingati hari terbunuhnya Saidina Husin cucu Rasulullah SAW dengan mencederakan diri dengan menumbuk dada, menampar pipi dan memukul-mukul belakang badan sehingga berdarah sebagai lambang ketaatan mereka pada agama mereka.



Syiah terbahagi kepada beberapa kumpulan;

* Al-`Adliyah Al-Qadariyah

* Jabariyah

* Imamiah(Rafidhah)

* Ismailiyah

* Ja'fariyyah

* Zaidiyah

Kebanyakan perbezaan di antara mereka adalah perbalahan tentang JUMLAH IMAM iaitu perkara terpenting dalam akidah syiah.

Kesimpulannya syiah Zaidiyah termasuk daripada firqah yang terkeluar daripada Ahli Sunnah kerana perbezaannya dengan ahli Sunnah dalam masalah akidah dan kecondongan mereka kepada akidah muktazilah, namun mereka jika dibandingkan dengan Imamiah lebih dekat dengan Ahli Sunnah.

Walaubagaimanapun, mereka tetap dikategorikan SESAT oleh para Ulama' Islam kerana berbeza akidah dan furu' mereka. Syiah Zaidiyah kebanyakannya berkembang di Yaman, manakala syiah Imamiah(Rafidhah) berkembang di Iran.


Comments