Sejak dari awal
kemunculan Kumpulan Radikal Islam Syria dan Iraq (DAESH) di Iraq & Syria. Pelbagai
rancangan dan tindakan ekstremis telah dilakukan DAESH bukan sahaja di negara Iraq
dan Syria malah di Perancis, Itali dan seluruh rantau Asia termasuk Malaysia tidak
terkecuali menerima kesan dari serangan dilakukan DAESH. Kumpulan berkenaan
bukan sahaja disertai oleh kaum lelaki malah kaum wanita juga turut sama dalam
rancangan tersebut. Terdapat pelbagai cara dilakukan oleh militan DAESH untuk
memerangkap kaum wanita terutama wanita Sunni menyertai DAESH, antaranya:-
BAGAIMANA?
Militan DAESH menawarkan
“Jihad al-Nikah” atau “Jihad Seksual” kepada wanita Sunni untuk memenuhi
keperluan seksual militan yang memperjuangkan undang-undang Islam sekaligus turut
sama menyertai peperangan. Konsep ini dipercayai berasal daripada
fahaman Wahhabi sekitar tahun 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk
tampil melakukan jihad seks bagi menyemarakkan lagi moral militan DAESH terhadap regim
Bashar al Assad di Syria. Tindakan ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia
semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam kini bersimpati dengan
kepayahan dan kesusahan dari segi moral para militan DAESH berjuang menentang Bashar
al Assad.
MENGAPA?
Sebahagian lelaki
dan wanita yang menyertai kumpulan DAESH dilihat cetek tentang hakikat sebenar
ajaran Sunnah Wal Jamaah sehingga menyebabkan mereka sukar membezakan antara Jihad
dan membunuh diri. Selain itu, wanita Sunni yang diperdaya oleh militan DAESH
adalah dari kalangan mereka yang telah HILANG PERTIMBANGAN hidup dan mahu
MENGAMBIL JALAN PINTAS untuk ke Syurga dengan cara menyertai gerakan ekstremis.
Hal ini turut dipersetujui oleh Setiausaha Syeikh Abu Bakar Ahmad Al Malibari,
beliau menjelaskan mereka yang menyertai kumpulan militan DAESH dianggap
terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Indah Khabar Dari Rupa”
Impian dan
cita-cita wanita Sunni yang menyertai “Jihad Seksual” tidak kesampaian apabila apa
yang mereka gambarkan tidak seperti yang diharapkan. Setelah kehadiran mereka di
Syria, mereka harus DIPERKOSA oleh 10 orang militan sebelum diangkat secara
rasmi sebagai MUSLIMAH DAESH dan boleh dikahwinkan oleh mana-mana militan. Selain
itu, mereka akan dilayan seperti BINATANG sekiranya suami mereka terkorban
semasa pertempuran.
KEKEJAMAN
MILITAN DAESH.
Selain itu,
kekejaman militan DAESH turut diperlihatkan menerusi tindakan mereka menculik
kanak-kanak perempuan etnik YAZIDI di Iraq untuk dijadikan sebagai PENGEBOM BERANI MATI atau sebagai PERISAI MANUSIA dari sebarang serangan udara tentera
Amerika Syarikat. Ada juga di antara mereka yang sakit ditinggalkan begitu saja
dan dibiarkan sehingga mati kelaparan.
BAGAIMANA CARA
UNTUK MENGATASI?
Kebanyakan
wanita yang menjadi mangsa militan DAESH adalah dari kalangan mereka yang
mempunyai masalah peribadi dan mahu mencari jalan pintas untuk masuk ke Syurga.
Selain itu, mereka turut mensasarkan ibu-ibu tunggal yang hilang tempat
bergantung, wanita yang kecewa dengan hidup berpasangan atau wanita yang cetek
ilmu agama.
Selain itu, kesemua
mereka yang menjadi sasaran militan DAESH dilihat kerap melahirkan rasa kecewa
atau MEMUATNAIK POSTING di laman
media sosial khususnya Facebook dan Twitter. Dan ini turut menarik minat mereka
untuk menghampar sejuta impian yang hanya boleh dirasai sekiranya menyertai “Jihad
al-Nikah” dengan para militan.
Islam mengajar pengikutnya
supaya mengamalkan sikap bertoleransi, menjaga keamanan, keadilan dan
persaudaraan sesama kaum. Mengambil nyawa orang lain atau mengambil nyawa
sendiri tanpa hak dengan cara membunuh diri adalah HARAM di sisi Allah s.w.t.
Semoga kita semua dijauhkan dari kemurkaan Allah s.w.t dan mati TANPA REDHA Allah
s.w.t.. Nauzubillah min Zalik..
Comments
Post a Comment