Militan DAESH Bukan Pejuang Islam Sebenar

Berdasarkan kajian dibuat oleh CTC (Combating Terrorism Centre) berpengkalan di West Point, AS.

Hampir 1,200 pejuang militan DAESH TIDAK mempunyai pegangan dan pendidikan agama yang kukuh serta TIDAK PERNAH melaksanakan undang-undang syariat dalam kehidupan mereka.

Kumpulan militan DAESH juga lebih suka mendapatkan atau merekrut pejuang ASING terutama dari BENUA EROPAH yang rata-ratanya lebih tertarik terhadap IDENTITI, BUDAYA dan POLITIK Islam berbanding ideologi jihad dan maksud keganasan dalam kumpulan berkenaan.

CTC juga mendapati keupayaan kumpulan militan DAESH kini semakin berkurangan dalam merekrut pejuang yang mempunyai didikan agama dan ideologi yang menebal dalam diri. Penelitian ini diambil berdasarkan kebocoran beberapa borang penyertaan militan DAESH awal tahun 2016 yang lalu.

Dalam pada itu, Majlis Islam Britain telah mengeluarkan arahan di seluruh masjid di United Kingdom mengutuk tindakan "MENIPU" dilakukan militan DAESH yang disifatkan telah menyimpang dari ajaran Islam sebenar.

Dari tahun 2011 sehingga 2015, CTC telah merekodkan sebanyak 25 buah negara termasuk Perancis, Belgium, UK, Jerman, Belanda cuba dan hendak menyertai kumpulan militan DAESH. Dan sekurang-kurangnya 74 peratus daripadanya telah terbunuh semasa pertempuran.

Angka sebenar kematian di Syria dan Iraq adalah hampir mustahil untuk disahkan kerana ketiadaan pihak berkuasa yang berperanan untuk melawan kumpulan pejuang di sana.

Selain itu, Pentagon turut menganggarkan serangan udara sahaja telah membunuh 45,000 militan DAESH, termasuk warga asing dan penduduk tempatan.



Sementara itu, CTC turut mendedahkan hampir keseluruhan pejuang yang menyertai militan DAESH datang dari mereka yang mempunyai sejarah pernah terlibat dengan KESALAHAN JENAYAH, GENG, CABUL dan sebagainya.

Sebagai kesimpulannya, kumpulan militan DAESH memerlukan para pejuang yang betul-betul TAAT kepada PEMIMPIN semata-mata erta tidak mempunyai keupayaan untuk melawan dari segi percanggahan ideologi dan fahaman agama.

Sumber dipetik dari: https://ind.pn/2gi3teD



FOLLOW US 👇 

Comments

Post a Comment