3
GOLONGAN YANG KELIHATAN SOLEH DI DUNIA TETAPI DICAMPAK KE NERAKA AKIBAT TIDAK
IKHLAS:
1.
Berjuang sehingga syahid semata-mata mahu digelar gagah berani.
Berjuang sehingga syahid semata-mata mahu digelar gagah berani.
2.
Mengaji dan mengajar semata-mata mahu digelar alim ulama.
Mengaji dan mengajar semata-mata mahu digelar alim ulama.
3.
Menderma semata-mata mahu digelar pemurah.
Menderma semata-mata mahu digelar pemurah.
Tiga golongan ini gagal dalam perbicaraan di mahsyar. Muka mereka diseret seterusnya
dihumban ke dalam api neraka.
(Mafhum hadith rekod Sahih Muslim dari Abu Hurairah)
(Mafhum hadith rekod Sahih Muslim dari Abu Hurairah)
Salam
ustaz, sahih tak hadith ni?
Jawapan:
Sahih, terkandung di dalam Sahih Muslim.
Abu
Hurairah radiallahu 'anhu berkata:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
يَقُولُ إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ
اسْتُشْهِدَ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ فَمَا
عَمِلْتَ فِيهَا ؟ قَالَ : قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ ، قَالَ :
كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ
أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ ،
Aku
mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: Sesungguhnya manusia
pertama yang akan diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mati
syahid. Beliau akan dibawa dan Allah menunjukkan kepadanya nikmat-nikmat Nya,
dan lelaki itu mengakuinya. Lalu Allah bertanya : Apa yang telah engkau lakukan
dengannya? Lelaki itu menjawab : Aku telah berperang di jalan Mu sehingga aku
mati syahid. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau berperang agar
engkau dipanggil pahlawan! Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran
itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka
bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.
وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ ،
فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا
؟ ، قَالَ : تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ ،
قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ
وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ
فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ ،
(kemudian
giliran) seorang lelaki yang mempelajari ilmu, mengajarkan ia, dan membaca
al-Quran. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia
pun mengakuinya. Allah bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya?
Lelaki itu menjawab : Aku telah mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu dan membaca
al-Quran kerana Mu. Allah menjawab: Engkau bohong ! Sebaliknya engkau menuntut
ilmu untuk dipanggil orang alim, dan engkau membaca al-Quran untuk dipanggil
Qari'. Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki
itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian
dilempar ke dalam neraka.
وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ
الْمَالِ كُلِّهِ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ :
فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ ، قَالَ : مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ
يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ
فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى
وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ "
(kemudian
giliran) seorang lelaki yang Allah telah meluaskan kepadanya harta, dan dia
memberikan hartanya kesemuanya kepada orang yang berhak. Dia dibawa dan Allah
menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah
bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Tidak
aku tinggalkan sedikit pun jalan yang mana Engkau suka untuk harta dibelanjakan
padanya melainkan aku membelanjakan harta aku pada jalan itu untuk Mu. Allah
menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau melakukan hal itu untuk dipanggil
dermawan. Engkau telah mendapat gelaran itu Kemudian lelaki itu diarahkan untuk
diseret dengan wajahnya di atas muka bumi. Kemudian dia dilempar ke dalam
neraka.
[Sahih
Muslim, Kitab al-Imarah, hadis no: 1905]
"Sesungguhnya ALLAH SWT Maha Penerima Taubat."
FOLLOW US 👇
Comments
Post a Comment