TENTANG REZEKI

Allah s.w.t mahu mengambil atau menarik rezeki kita dengan bermacam-macam cara.

Sebagai Contoh..
Tayar motor pancit lah, kereta rosak lah, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini MLM dan sebagainya, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan TIDAK ADIL.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan-kawan kita yang bekerja di tempat yang seronok atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya kita rasa lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain lebih dari kita.

Ingat! REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

Kekadang kita lupa..
🔹Dapat bos ditempat kerja yang baik pun REZEKI..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun REZEKI..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun REZEKI..
🔹Kerja tak pressure pun REZEKI..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun REZEKI..
🔹Ada kereta/motor yang tidak pernah buat masalah pun dikira REZEKI..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..



 Jom fikir luasnya rezeki.

 Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..



Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta melimpah, tapi tak direzekikan kesihatan.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.


🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.


Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah s.w.t...Walahualam.

Sekadar renungan buat kita semua....

Comments