PENTINGNYA MENGETAHUI GOLONGAN PEMBAWA AQIDAH SESAT

Tujuh puluh tiga pintu (73),                                        
Tujuh puluh tiga jalan (73),
Yang sampai hanya satu jalan (1)
            
            Ribu-ribu Margastua,
            Mencari raja si Muraq,
            Yang sampai hanya tiga puluh (30), 
 
Memetik setiap bait rangkap dari lagu “Tanya Sama itu Hud-hud” hasil ciptaan dan nyanyian Dato’ M. Nasir menjelaskan bahawa, Nabi Muhammad s.a.w dalam hadisnya telah bersabda, “Telah berpecah golongan Yahudi dan Nasrani kepada 72 kumpulan, seperti itu juga akan berpecah ummatku kepada 73 kumpulan”, 72 daripadanya akan masuk ke Neraka dan hanya 1 daripadanya akan masuk ke Syurga iaitu Sunnah Wal-Jamaah.
(Hadis riwayat Imam Tirmidzi).

Berdasarkan hadis di atas, Nabi Muhammad s.a.w telah mengingatkan umatnya bahawa pada akhir zaman akan wujud 73 kumpulan yang mempunyai pelbagai ‘ideologi’ dan ajaran tersendiri namun hanya satu kumpulan sahaja yang hanya mendapat keredhaan Allah s.w.t iaitu mereka yang berpegang pada al-Quran dan Sunnah Wal Jamaah, hadis Nabi Muhammad serta Ijma’ Ulama’ (kesepakatan ulama’). Di antara contoh kumpulan pembawa aqidah sesat adalah Syiah, Khawaarij, Salafi Jihadi, Muktazilah dan banyak lagi. Dalam pada itu, nama kumpulan berkenaan diberi sempena mengambil nama pengasasnya atau tempat asal kemunculan kumpulan tersebut.

SYIAH- Kumpulan ini diasaskan oleh Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari Yaman. Pengikut kumpulan ini lebih mengagungkan Saidina Ali daripada Khalifah-khalifah Islam yang lain. Terdapat pelbagai bentuk kesesatan ditimbulkan pengikut Syiah antaranya halal meliwat isteri, solat Jumaat tidak wajib, halal nikah muta'ah (kontrak), memakan najis ulama’ Syiah sebagai tanda ketaatan kepada fahaman Syiah.



KHAWAARIJ- Perkataan Khawaarij bermaksud golongan yang terkeluar. Nama kumpulan ini telah diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w bagi menggambarkan kedudukan Khawaarij yang terkeluar dari ajaran Islam sebenar. Golongan ini juga akan terus berkembang sehingga kemunculan Dajjal.

SALAFI JIHADI- Salafi Jihadi merupakan ideologi perjuangan yang dipegang oleh kumpulan radikal Islam hari ini dalam menegakkan sistem Khalifah secara ekstrim dalam konteks peperangan. Antara kumpulan yang mendokong ideologi ini ialah Al-Qaeda, DAESH/ISIS, Jemaah Islam (JI), Darul Islam Indonesia. Ideologi ini juga menolak sistem demokrasi, sistem pilihan raya, menghalalkan darah orang Islam yang bertentangan dengan ideologi mereka serta melabel umat Islam sekular dan kerajaan sebagai musuh mereka.



MUKTAZILAH- Kumpulan ini diasaskan oleh Wasil Ibn Ata’ di Basrah Iraq. Ia banyak menggunakan konsep rasional serta diselitkan dengan falsafah Greek, Yunani dan Islam dalam mengeluarkan pendapat terutama permasalahan mengenai Keesaan dan kewujudan Tuhan. Kumpulan ini kurang mendapat sokongan dari umat Islam pada masa itu kerana dianggap bercanggah dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w turut mengingatkan bahawa pentingnya umat Islam supaya berhati-hati dengan fitnah yang dikeluarkan kumpulan pembawa aqidah sesat terutamanya Khawaarij. Perkara ini telah disebut dalam sebuah hadis mengenai seorang lelaki bernama Zul Khuwaisira al-Tameem yang menegur dan mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda turut menjelaskan kumpulan Khawaarij akan terus melakukan fitnah dan mengkafirkan para sahabat dan seluruh ahli keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

Sementara itu, dalam menangani ancaman ideologi Salafi Jihadi DAESH/ISIS, masyarakat Islam harus berpegang teguh pada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dilihat memiliki ciri-ciri wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pelbagai aspek. Masyarakat Islam juga perlu lebih berwaspada dengan dakyah dan propaganda digunakan golongan pembawa aqidah sesat yang cuba untuk menutup yang haq (kebenaran) dan menegakkan yang batil (penipuan).  

Tulisan ringkas,
Aisyah Al-Mastani, Al-Haq Centre, Malaysia

24 Januari 2017/ 25 Rabiulakhir 1438

Comments