SALAH FAHAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

SALAH FAHAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

Ramai orang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan undang-undang jenayah Islam. Terdapat salah faham bahawa undang-undang jenayah Islam adalah hudud sahaja, sedangkan undang-undang jenayah Islam sebenarnya merangkumi qisas dan juga taazir. Qisas ialah suatu kesalahan yang hukumannya adalah berdasarkan timbal balik. Manakala, taazir pula merupakan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti kesalahan trafik, kesalahan-kesalahan terhadap tidak bermoral dan kesalahan lain yang tidak termasuk di bawah hudud atau qisas. Kebanyakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan undang-undang jenayah yang lain merupakan kesalahan taazir.

Di samping itu, undang-undang Syariah bukan hanya undang-undang jenayah sahaja tetapi meliputi sistem lain seperti perbankan dan kewangan, undang-undang keterangan, hisbah, pentadbiran keadilan, kepimpinan, hubungan antara manusia dan makhluk dan hubungan antara manusia dan Allah. Kita perlu melihat mereka dari lensa yang lebih makro, tidak hanya terhad kepada undang-undang jenayah. Dalam sistem perundangan selari yang telah pun wujud sejak sebelum merdeka lagi, tidak banyak pertentangan antara sistem syariah dan sivil ini melainkan dapat aspek-aspek yang begitu kecil.


Artikel penuh di: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/polemik-malaysia-sebagai-negara-islam-1.165111#sthash.Am31Jtcr.dpuf

Comments