Bom Movida: Dua Lelaki Dipenjara 25 Tahun

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 25 tahun terhadap dua lelaki kerana melakukan perbuatan pengganas dengan mengebom sebuah pusat hiburan di Puchong sehingga menyebabkan lapan cedera, Jun tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Imam Wahyudin Karjono, 21, seorang penganggur dan Jonius Ondie @ Jahali, 25, operator kilang selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah.

Nordin berkata mahkamah menyifatkan kes itu adalah kes paling serius melibatkan kumpulan keganasan yang berlaku di negara ini kerana telah menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa.



Comments