*PENJUAL CD PASAR MALAM KENA PENJARA 7 TAHUN MELINDUNGI TERORIS (KES BOM PUCHONG)*
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Tindakan seorang lelaki melindungi dua rakannya daripada ditangkap polis berhubung kegiatan kumpulan pengganas Daesh membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap peniaga pasar malam Mohd Sanusi Satar, 31, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, selepas dia menukar pengakuan bersalahnya hari ini dan mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 8 Ogos 2016.
Azman dalam penghakimannya berkata kesalahan Mohd Sanusi melindungi individu yang terlibat dengan aktiviti keganasan adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mahkamah.

Comments
Post a Comment