Assalamualaikumwarahmatullah…
Bismillahirohmanirrohim..
Terima kasih pada admin jika confession saya disiarkan..
Pertama sekali saya pohon ampun dan maaf kepada semua pihak jika coretan saya ini seolah-olah mengaibkan sesetengah pihak. Saya rasa medium inilah saluran yang betul untuk saya lontarkan sedikit nasihat, pandangan, berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Saya mintak tolong baca dengan minda yang positif. Saya tak tau kat mana lagi yang sesuai untuk saya luahkan perkara ni. Benda dah lama semakin dibiarkan semakin PARAH.
Saya bukan warga IIUM, saya membesar di sebuah Pusat Tahfiz swasta selama lebih kurang 12 tahun, hafazan sepenuh masa. Kelmarin viral kes pelajar Tahfiz didera sehingga berjahit di bahagian kepala dan telah pergi dijemput illahi pada jam 2.05 petang kelmarin.
Sedih menangis dan hiba tatkala melihat gambar tu. Terkenang kembali zaman belajar. Sebenarnya PENDERAAN & SEKSAAN di Pusat-pusat Tahfiz semacam ni memang telah lama wujud dari zaman dulu lagi cuma dulu tiada medium untuk viralkan.
Sebelum ni pun saya banyak mendengar banyak anak-anak tahfiz didera di Pusat Tahfiz. Ok itu mungkin cara mereka didik pelajar mereka.
Pengalaman selama 12 tahun di Maahad Tahfiz. Saya tengok dan kena sendiri cukup buat saya trauma. Sedikit saya nak kongsikan yang lain biarlah menjadi memori.
Saya pernah DIROTAN 15x hanya kerana TIDAK WIRID waktu solat sakitnya sampai seminggu tidak boleh angkat tangan dan juga demam. Dan masa tu saya baru 10 tahun.
Budak2 10 tahun apa yang saya tahu waktu tu?? Saya trauma sampai waktu wirid solat saya macam benci benci nak wirid macam kena paksa.. Ini hanya secebis dari pengalaman2 saya yang lepas.
Untuk semua pembaca saya hanya nak sedarkan Pusat Tahfiz yang BERSIFAT MENDERA memang wujud (tapi tak semua).
Kebanyakkan silibus pelajaran dari India dan Pakistan, cara mengajar Ustaz/Ustazah juga sama. Ustaz/Ustazah tidak maksum walaupun mereka menghafal quran dan khatam quran dapat sanad lilit serban 12 kali. Itu tak semestinya mereka tidak lari dari berbuat kesilapan dan terlepas godaan syaitan.
Ustaz/Ustazah berhentilah sedarlah cara didikan begini tak ke mana buat kami para pelajar bertambah benci nak belajar dan beramal dengan apa yang diajar.
IBU BAPA!!!… kalau anak2 mengadu tolong take a note sikit. kadang-kadang anak bukannya terlalu manja cuma mereka dah tak tahan didera.
Ada kawan saya bila dah besar ni umur dah 20 thun lebib baru dapat tau matanya sebelah dah BUTA kesan DIROTAN DI KEPALA 10 tahun yang lalu. Ada yang baru 20 terkena penyakit darah tinggi padahal background keluarga elok je.
Sekali lagi IBU BAPA saya nasihatkan, anak2 yang masih muda tolong jangan hantar lagi ke asrama. Baru2 ni sampai ke telinga saya budak 7 tahun dirotan sampai lembik kerana kencing tilam setiap hari. Umur 7 tahun??? memang menyusahkan guru dan senior.. itu belum bab pengurusan diri..
Ghairahnya ibu bapa nak jadikan anak seorang hafiz jangan sampai makan diri. Kecil2 dah dihantar ke Pusat Tahfiz memang tak tau urus diri lagi susahkan pengurusan, guru dan senior. Akhirnya budak tu dijadikan tempat untuk melempiaskan perasaan marah.. Bila besar penuh dengan dendam maka lahirlah mat rempit dan “mat pit”(taik dadah). Harapan ibubapa anak jadi hafiz dah lain jadinya..
Ya.. jiwa mereka memberontak kanak2 seusia mereka masih bermain guli dan congkak mereka dirotan hari2 sampai bengkak2.. Ya.. mereka tak melawan..kerana diajar parut yg terkena rotan itu BERCAHAYA di akhirat jika mereka redho.
Pihak pengurusan sekolah tolonglah PANTAU Ustaz/ Ustazah kadang2 ibu bapa bukan saja nak mengadu anak dah teruk sampai trauma tak kan nak biarkan lagi.
Jangan sampai viral baru menunding jari salahkan salahkan sana sini.
(Guru ganti konon.. guru ganti apa kalau dapat duduk di Quarters mengajar dari bujang sampai dah beranak pinak… ditujukan kepada pusat tahfiz yang berkenaan).
Ustaz/ustazah… berhentilah mendera pelajar.. ya.. pelajar sekarang tak sama macam mereka dulu.. ketegaqnya.. menguji kesabaran sungguh tapi ingt balik untuk apa kita mengajar?? Bukankah redho Allah itu tujuan.. Bukankah assunah itu jalannya?
Mungkin saya tidak berhak untuk bercakap lebih sebab saya tiada pengalaman mengajar (pengalaman belajar membuatkan saya takut untuk mengajar takut saya buat benda yangg sama pada budak2 lain) ingat la pada hukuman Allah.
Didik dengan baik selami jiwa kanak2 mereka banyakkan berdoa semoga Allah mudahkan urusan kalian.
Ibu bapa jangan hantar anak ke tempat yang jauh.. ziarah mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali, PERIKSA badan kalau mereka balik rumah..
kadang2 sebelum balik cuti dah kena WARNING dengan Ustaz jangan tunjuk dekat mak.
Akhir sekali mohon ampun dan maaf kepada semua pihak jika coretan ini trlalu membuka pekung didada.
Saya terima setiap teguran dan nasihat semua sebab saya juga tak lari dari buat silap. Mohon maaf sekali lagi..
Dari Penulis:-
ini pengalaman seorng pelajar tahfiz yang saya ambik dari salah seorang rakan perbualan WhatsApp..

Comments
Post a Comment