Suspek pengganas di Malaysia tiada tujuan hidup, tak faham agama

Suspek pengganas di Malaysia tiada tujuan hidup, tak faham agama

KEBANYAKAN pelampau agama ditahan di Malaysia kerana terlibat keganasan Islam kesunyian dan naif, datang daripada keluarga berpecah-belah dan mempunyai keinginan tulen mempertahankan agama sebaik mungkin, kata pakar keganasan Ahmad El-Muhammady.

Beliau berkata mereka yang mempunyai ciri ini adalah "mangsa mudah" bagi organisasi pelampau, sambil menambah hampir kesemua 50 suspek pengganas yang berusia antara 16 hingga 50 tahun kini menjalani program pemulihan, didapati tidak stabil dari segi emosi dan psikologinya.

Kebanyakannya kurang pengetahuan agama, atau pemahaman tentang Islam yang tidak tepat dan salah tafsir.

Sebahagian besarnya memiliki ciri berkenaan, walaupun terdapat juga yang tidak sesuai dengan "jenis" ini. Namun, mereka terlibat dengan kegiatan militan.

Islamic State (IS) memberi jawapan kepada kekurangan tujuan hidup yang dicari, kata Ahmad.

"Mereka berasa kosong. Tetapi apabila didatangi perekrut IS, mereka tiba-tiba berasa mempunyai tujuan hidup dan seseorang membimbing mereka ke arah memenuhi maksud itu.

"IS menyediakan mereka dengan wawasan baru, makna dan hala tuju dalam kehidupan, perkara yang sangat diingini mereka.

"Bagaimanapun, mereka tidak menyedari sedang dieksploitasi. Percaya mereka berjuang dengan alasan yang benar dan tahu risikonya."

Ahmad (gambar), merupakan sebahagian daripada pasukan 10 kaunselor di bawah program pemulihan keganasan di Malaysia, berkata 90% daripada mereka yang menamatkan program antara 2005 hingga 2012 masih berpendapat perjuangan mereka adalah benar.

Sumber: ThemalaysianInsight.com



Comments