Thailand Mohon Bantuan Malaysia Untuk Hantar Balik Rakyat Uighur

Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

BANGKOK, 21 Nov (Bernama) Thailand memohon kerjasama Malaysia untuk menghantar kembali rakyat Uighur yang dipercayai telah menyelinap masuk ke negara jiran itu, selepas meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen di Sadao semalam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan, lima daripada 20 rakyat Uighur yang melepaskan diri itu teleh ditangkap semula, tetapi beliau tidak memberikan butir lanjut mengenainya, lokasi dan di negara mana mereka ditangkap semula.

"Lima daripada mereka telah ditangkap semula dan selebihnya telah merentasi sempadan (Malaysia). Jadi sekarang kami menghubungi rakan sejawatan di Malaysia untuk menghantar mereka balik kepada kami, " katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet di sini hari ini.



Katanya, terdapat antara 100 hingga 200 rakyat Uighur yang sedang ditahan di Thailand.

Dalam insiden 2 pagi (waktu tempatan) semalam, 20 rakyat Uighur yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal mereka meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao.

sumber: BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1412836

Comments