Pekebun Dipenjara Lapan Tahun Sokong Dan Miliki Bahan Berkaitan Daesh

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Seorang pekebun dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh, tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhi hukuman itu terhadap Zefrul Hashim, 40, selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah ketika sebutan kes itu hari ini.

Tertuduh dihukum penjara lapan tahun bagi pertuduhan memberi sokongan manakala bagi pertuduhan memiliki bahan berkaitan pengganas, dia dihukum penjara tiga tahun dan mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 16 Mac 2017.

Azman dalam penghakimannya berkata mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius termasuk menyimpan gambar orang disembelih dan ditembak hingga pecah kepala.

"Kalau ada ibu bapa dan keluarga jangan bagi alasan nak pergi berjihad, jagalah mereka kerana perkara itu yang paling utama. Allah dah janji siapa yang menjaga ibu bapa dan keluarga dijamin masuk syurga," kata hakim itu.....

sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1428223

Comments