Malaysia Tingkat Kerjasama Tangani Keganasan


PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) -- Malaysia sedia mempertingkatkan kerjasama dengan negara-negara yang berpendirian sama dengannya dalam usaha memerangi keganasan.

Ia termasuk membangunkan langkah-langkah naratif dan program berkaitan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengekang keganasan, ekstremisme dan radikalisasi, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

"Kita mesti berdiri teguh secara bersama untuk mengutuk tindakan kejam dan keji ini dan juga keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi.


"Justeru, secara kelazimannya adalah penting bagi kita untuk mengambil langkah-langkah bersepadu membendung ancaman mereka, dan memerangi naratif mereka yang menyimpang dan mengelirukan,"kata beliau pada Mesyuarat peringkat Menteri Gabungan Global Menentang ISIS/Daesh di Kuwait City, Kuwait pada Selasa (13 Feb).


http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1436588

Comments