PARA ULAMA DUNIA MENOLAK PERJUANGAN IS ATAU DAESH



IS atau DAESH merupakan satu kumpulan radikal yang mempunyai ideologi keganasan kerana sikap yang suka mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan ideologinya dan menghalalkan darah penentang mereka. Malahan ramai ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah melebalkan DAESH sebagai Khawarij moden dan bersepakat menolak pengisytiharan Dawlah Islamiyah serta pengisytiharan Abu Bakar Al-Baghdadi sebagai Amir DAESH.

Antara ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menolak DAESH adalah:-
a)                  Syeih Abdullah Rahhal  - Ketua Rabithah Ulama’ Idlib;
b)                 Muhammad bin Ali bin Jamil Ash-Shabuni – Ulama tafsir terkemuka SYRIA;
c)                  Syeikh Muhamad Kurayyin bin Sai’id bin Kurayyim Rajih – Ketua Rabitah Ulama Syria
d)                 Imam Masjid Al-Haram Syeikh Sudais; dan
e)                  Syeikh Abdullah ben Bayyah – Ahli Majma’ Al-Fiqh Al-Islami.

Pada 25 September 2014, seramai 126 ulama Islam terkenal dari seluruh dunia juga telah menandatangani kenyataan bersama yang dibacakan oleh presiden Council on American Islamic Relations (CAIR), Nihad Awwad mengutuk IS dan juga menolak keganasan dan juga khalifah yang diisytiharkan.

Para ulama beraliran Salfiyah mengecam dan menjelaskan penyelewengan IS dan kumpulan sealiran dengan melebelkan kumpulan IS sebagai tersasar. Antara ulama beraliran Salafiyah tersebut adalah:-
a)                  Dr. Abu Ayman Az-Zawahiri menolak perjuangan IS dan tidak mahu mengaitkan IS dengan kumpulan pimpinannya iaitu Tanzim Al-Qaeda; dan

b)                  Tokoh Al-Qaeda dari Jordan iaitu Syeikh Abu Muhammad Al-Maqdidi mengeluarkan kenyataan mengecam dan mengutuk tindakan yang dilakukan IS dan tidak mengikhtiraf Khalifah Abu Bakar Al-Dimashqi.


Comments