PEMAHAMAN JIHAD


Perkataan “jihad” dari segi Bahasa Arab iaitu kata nama daripada jahada. Ertinya gigih atau bersungguh-sungguh bagi mencapai sesuatu matlamat. Jihad menurut istilah syariat Islam mempunyai beberapa erti, tetapi yang paling meluas penggunanya ialah berjuang dalam peperangan, perjuangan menentang hawa nafsu, berjuang menentang keadilan dan kebenaran, berusaha gigih menegak sebuah masyarakat Islam dan perjuangan meletak kalimah Allah di tempat tinggi.

Daripada takrif itu jelas bahawa erti jihad itu sangat luas. Ia bukan sahaja bererti berperang terhadap orang kafir tetapi juga segala usaha dengan niat yang ikhlas serta perjuangan dan pengorbanan kepada Allah S.W.T bagi menegak kalimahnya.

Firman Allah s.w.t
  Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah dan orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang yang menceroboh.” – surah Al-Baqarah, ayat 190

Melalui istilah ini, jihad mengandungi tiga ciri asas:-
Pertama          -           Adanya unsur usaha dan tenaga yang terpaksa dicurahkan.
Kedua             -           Adanya unsur matlamat dan cita-cita yang sempurna, murni dan tinggi
                                    yang hendak dicapai.
Ketiga             -           Adanya unsur musuh yang menghalang dan menentang usaha serta
                                    perjuangan tersebut.

(sumber rujukan: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, Pensyarah Jabatan Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra)

Comments