Skip to main content

95 Peratus Pengganas Daesh Direkrut Menerusi Media Sosial

MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu (kiri) dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) ketika menghadiri Simposium Antarabangsa Counter Terrorism dan Profesional Keselamatan (IACSP) di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR 27 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kumpulan pengganas Daesh menggunakan media sosial untuk menyebarkan ideologi sekali gus merekrut ahli baharu di negara ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hal itu terbukti apabila 95 peratus daripada pengganas Daesh yang ditahan di negara ini direkrut menerusi media sosial terutamanya Facebook.
“Media sosial memainkan peranan besar dalam usaha Daesh merekrut ahli baharu di negara ini.
“Bagaimanapun usaha untuk mengekang perkara tersebut agak sukar kerana mereka sentiasa mewujudkan akaun media sosial baharu sekiranya ditutup,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Simposium Antarabangsa Counter Terrorism dan Profesional Keselamatan (IACSP) di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ayob Khan turut mengesahkan terdapat cubaan militan Daesh untuk merekrut warga Rohingya yang semakin bertambah di negara ini.
“Sebelum ini, terdapat empat kes dilaporkan membabitkan warga Rohingya terlibat dalam aktiviti keganasan dan telah diusir ke negara asal mereka.-UTUSAN ONLINE

Comments