Boko Haram Membunuh Dua Tentera Nigeria Dalam Serangan Bom Bunuh Diri dan Serangan Senjata Api Di Gulumbia
Boko Haram Membunuh
Dua Tentera Nigeria Dalam Serangan Bom Bunuh Diri dan Serangan Senjata Api Di
Gulumbia
Nigeria, 9 Disember
2018 – Pejuang militan Boko Haram yang dikatakan setia kepada pemimpin puak
Abubakar Shekau telah menyerang pangkalan tentera di timur laut Nigeria, kata
sumber pihak keselamatan kepada pemberita AFP.
Dua askar terbunuh
dalam serangan bom dan bom bunuh diri yang berlaku kampung Gulumba, daerah Bama
di Borno.
"Kami kehilangan
dua tentera dan dua lagi cedera dalam serangan oleh puak Shekau," kata
sumber pihak tentera.
"Pengganas datang
dalam sembilan trak senjata api (gun trucks) beserta pengebom bunuh diri
kira-kira pukul 5.50 petang dan menyerang pangkalan tentera tersebut."
Menurut sumber kedua
pula, pengebom bunuh diri itu cuba menyusup ke pengkalan tentera itu tetapi
cubaannya Berjaya digagalkan (dineutralkan) oleh pihak tentera. Menurut sumber
tersebut, dua orang tentera terbunuh dan dua lagi cedera. Menurut sumber
tersebut lagi, "pengganas menghadapi tentangan yang sengit dan terpaksa
berundur".
Penggunaan bom manusia
adalah ciri khas puak Shekau, yang diketahui beroperasi di kawasan itu.
https://thedefensepost.com/2018/12/09/boko-haram-kills-nigeria-soldiers-gulumba-suicide-bomb-gun-attack/
https://thedefensepost.com/2018/12/09/boko-haram-kills-nigeria-soldiers-gulumba-suicide-bomb-gun-attack/
Comments
Post a Comment