PASUKAN TENTERA BERJAYA MENGHALANG WANITA YANG DISYAKI PENGEBOM KUMPULAN BOKO HARAM



20 Disember 2018 - Dua orang wanita yang disyaki anggota Boko Haram telah ditahan di Borno, Nigeria. Salah seorang daripada suspek telah mengaktifkan bom dalam jaket yang dipakainya tetapi berjaya dimatikan (dineutralkan) oleh pihak tentera semasa pemeriksaan dijalankan ke atasnya.
Sementara itu, menurut Abdullahi Ibrahim, komandan Pasukan Keselamatan dan Pertahanan Awam Nigeria (NSCDC) di Borno, salah seorang daripada suspek yang ditahan merupakan isteri kepada Mamman Nur iaitu ketua salah satu daripada pecahan kumpulan pengganas Boko Haram.
Dalam insiden yang lain, seorang remaja yang dikenali sebagai Fatima Muhammed Kabir telah ditangkap bersama seorang lagi wanita bernama Amina Salihu di Borno Express Motor Park kerana sedang merancang untuk melancarkan serangan bom jenis 'Improvised Explosive Device' (IED) di Maidaguri.

Sumber:  https://www.legit.ng/1210709-just-in-troops-intercept-suspected-female-boko-haram-bombers-photos.html.

Comments