PELARIAN SYRIA YANG MERANCANG SERANGAN MENGGUNAKAN BOM KERETA DIHUKUM PENJARA OLEH MAHKAMAH JERMAN.



Pada 30 November 2018, mahkamah di Jerman telah menjatuhkan hukuman penjara selama enam setengah tahun ke atas seorang pelarian Syria yang merancang untuk melakukan serangan bom kereta. Suspek, Yamen A, yang berumur 20 tahun dikatakan dalam proses mendapatkan bahan kimia dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bom, semasa ditahan di bandar timur laut Schwerin pada bulan Oktober 2017. Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini menjelaskan bahawa satu serangan yang serius telah berjaya digagalkan. Sementara itu, menurut Pendakwa Raya, Yamen A merancang untuk membunuh atau mencederakan kira-kira "200 orang" dengan bom kereta di satu lokasi rahsia di Jerman. Pihak berkuasa percaya bahawa suspek telah melalui proses radikalisasi melalui Internet pada pertengahan 2017 dan menjadi penyokong Daesh. Jerman mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi menghadapi serangan kumpulan ekstrimis yang berlaku beberapa kali di tahun-tahun kebelakangan ini. - http://www.arabnews.com/

Comments