4 JAM CEMAS 'DRAMA TEBUSAN'


KOTA KINABALU, 13 Jan 2019 - Beberapa das tembakan yang kedengaran di Taman Telipok Ria mengakhiri hayat suspek lelaki yang menjadikan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tebusan di rumah tingkat 4 pangsapuri di situ.

Ia sekali gus menamatkan ‘drama tebusan’ empat jam selepas suspek dikatakan menangkap kanak-kanak itu sebelum membawanya masuk ke sebuah rumah sambil mengacukan pisau di leher mangsa.

Suspek ditembak mati kira-kira jam 5.35 petang ketika dia mengacah-acah untuk mencampakkan kanak-kanak terbabit dari bahagian dapur rumah di tingkat empat itu.

Sejurus selepas itu, pasukan keselamatan segera menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang cedera di leher lalu dibawa turun dan dihantar ke hospital dengan ambulans untuk rawatan.

Berita penuh: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/519508/4-jam-cemas-drama-tebusan


Comments