BOM MELETUP DI KABUL, 4 MAUT, 90 CEDERA


KABUL, 15 Januari 2019: Sekurang-kurangnya empat maut dan 90 lagi cedera apabila sebuah lori sarat dengan bom telah diletupkan di ibu negara Afghanistan, lapor agensi berita Anadolu pada Isnin yang lalu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish memberitahu pasukan keselamatan telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Semasa mengesahkan angka kematian, beliau berkata, Kampung Hijau, sebuah kawasan yang menempatkan beberapa pasukan bantuan antarabangsa dan warga asing, telah menjadi sasaran dalam serangan berdarah itu.

Menurut radio tempatan, Radio Azadi, tiga anggota keselamatan dan seorang penduduk awam terbunuh dan 90 lagi cedera.

Berita penuh:
Utusan Borneo Online, 15 Januari 2019 ↪ https://bit.ly/2U7dJpa

Sumber lain:
Al Jazeera Online, 15 Januari 2019 ↪ https://bit.ly/2R7EvMc

Video:


FOLLOW US :


Comments