CUBA JADIKAN WILAYAH RAKHINE SEBAGAI PUSAT OPERASI BAHARU MILITAN DAESH, POLIS PANTAU BEBERAPA KAWASAN DI SABAH CUBA DIJADIKAN LOKASI TRANSIT DAESH


KANGAR, 30 Jan. - Polis mendedahkan mengenai kegiatan kumpulan ektremis Muslim dari Rakhine, Myanmar yang dipercayai cuba menjadikan wilayah itu sebagai salah satu pusat operasi kumpulan militan Daesh di rantau ini.

Justeru kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pihaknya akan mempertingkatkan kawalan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) supaya elemen keganasan itu tidak merebak.

“Kita sedang mengumpul maklumat mengenai kegiatan kumpulan ektremis Muslim dari Rakhine yang dipercayai cuba menjadikan wilayah itu sebagai satu lagi pusat operasi pengganas Daesh di rantau ini.

“Mereka ini tidak merekrut anggota dari etnik Rohingya, namun cuba menjadikan Rakhine sebagai lokasi untuk meneruskan perjuangan Daesh di rantau ini.

“Kita tidak mahu ancaman seperti ini menyusup masuk ke Malaysia dan kita sudah memaklumkan kepada pihak ESSCOM supaya sentiasa mempertingkatkan kawalan,” katanya.
.
Berita penuh: Utusan Online - 30 Januari 2019




Comments