ESSCOM KELUARKAN SENARAI BAHARU 18 SUSPEK DIKEHENDAKI



LAHAD DATU, 6 Januari 2018 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengeluarkan senarai terkini 18 suspek dikehendaki, termasuk tujuh individu baharu yang disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di pantai timur Sabah.

Tujuh individu baharu itu adalah Salip Mura, Sibih Pisih, Titing Alihasan @ Iyot Panday, Roger Saji, Long Sahirin, Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw dan Ben Tatoh.

Difahamkan Salip dan Sibih serta individu terbaharu itu adalah pemimpin Abu Sayyaf yang aktif dalam aktiviti culik untuk wang tebusan (KFR) di perairan timur Sabah.

Kesemua mereka termasuk 11 suspek dalam senarai sedia ada adalah warga asing dan pihak ESSCOM juga mengedarkan wajah mereka untuk membolehkan orang awam menyalurkan maklumat.

Berita penuh: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/516574/esscom-keluarkan-senarai-baharu-18-suspek-dikehendaki

Comments