PENYERANG BOM BUNUH DIRI DAESH MEMBUNUH LIMA ORANG DI RAQQA



BEIRUT, 7 Januari 2019: Seorang pengebom bunuh diri dari kumpulan Daesh (ISIS) telah menyerang pusat tentera Kurdish di bandar Raqqa di utara Syria semalam, membunuh empat orang awam dan seorang pejuang anti-kumpulan jihadis.

Menurut lapuran daripada Kumpulan Hak Asasi Syria yang berpengkalan di Britain, penyerang tersebut telah meletupkan diri selepas memasuki pusat yang dikendalikan oleh Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) tersebut.

Ketuan Pusat Pemerhatian Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman, seorang penyerang bunuh diri dengan memakai tali pinggang berisi bahan letupan telah meletupkan dirinya setelah memasuki pusat YPG tersebut. Terlebih dahulu, penyerang bunuh diri tersebut telah bertindak melepaskan tembakan ke arah pengawal yang mengawal di pintu masuk pusat pemeriksaannya. Sekurang-kurangnya empat orang awam dan seorang pejuang YPG terbunuh dalam serangan itu.

Organisasi YPG menjadi tulang belakang kepada sebuah kumpulan pakatan pejuang Kurdis dan Arab yang dipanggil Angkatan Demokratik Syria (SDF), yang berjuang untuk mengusir kumpulan Daesh dari kubu terakhir mereka di timur Syria.

Kumpulan Daesh telah mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan tersebut,  yang dikatakan sebagai serangan terhadap ‘pusat pengambilan/latihan’ bagi pasukan Kurdish.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pasukan sekutu SDF yang mendapat sokongan dan diketuai oleh Amerika Syarikat ini, telah mendahului kumpulan Daesh untuk menguasai tempat terakhir mereka di wilayah timur Deir Ezzor, berhampiran sempadan Iraq.

Militan Daesh bergantung kepada sokongan segelintir kampung di Lembah Sungai Euphrates, termasuk Sousa dan Baghouz. Mereka juga mengekalkan kehadiran di padang pasir Badia yang luas di negara ini.

Daesh telah menakluk seluruh wilayah Syria dan jirannya di Iraq pada tahun 2014, kemudian mengisytiharkan pemerintahan "khalifah" di seluruh kawasan di bawah kawalannya. Tetapi sejak pertempuran demi pertempuran yg berlaku, kumpulan itu telah kehilangan kebanyakan daripada wilayah yang dikuasainya.

Pasukan SDF telah berjaya menggulingkan pejuang Daesh dari Raqqa pada tahun 2017, selepas lebih daripada tiga tahun kumpulan jihadis Daesh menguasai bandar itu dan menjadikannya bandar itu sebagai ibu negara Syria yang tidak sah (de-facto Syrian capital).

Sejak perang di Syria meletus pada tahun 2011, ia telah membunuh lebih daripada 360,000 orang dan berjuta-juta orang lagi menjadi pelarian dengan penahan dilakukan terhadap mereka yang melakukan protes anti-kerajaan.

Sumber berita:
https://www.dailystar.com.lb/News/Middle-East/2019/Jan-07/473447-daesh-suicide-bomber-kills-5-in-raqqa-monitor.ashx

Comments