CHICAGO, 25 Januari 2019: Dua anggota kumpulan militia pro-Donald Trump, mengaku bersalah mengebom sebuah masjid di pinggir Minneapolis dalam usaha menakutkan penduduk Islam Amerika Syarikat (AS) untuk meninggalkan negara itu.
Michael McWhorter, 29, dan Joe Morris, 23, membuat pengakuan itu semalam terhadap tuduhan berpunca daripada jenayah termasuk dua cubaan merompak, rompakan bersenjata dan cubaan memeras ugut syarikat kereta api.
Polis berkata kedua-dua lelaki itu adalah anggota militia White Rabbits, yang mana pemimpin mereka telah memohon untuk membina tembok di sepanjang sempadan AS-Mexico.
Dalam pengakuannya, McWhorter berkata kumpulannya mengebom Pusat Islam Dar Al Farooq pada Ogos 2017 sebagai mesej “anda tidak dialu-alukan di sini”.
Tiada siapa cedera dalam pengeboman yang merosakkan pejabat imam masjid berkenaan.
Pengeboman berlaku beberapa bulan sebelum Trump menjadi presiden, dengan peningkatan kebimbangan diskriminasi terhadap penduduk Islam AS dan laporan pertambahan kejadian jenayah benci.
Sumber: Sinar Harian Online – 25 Januari 2019
Sumber lain: Arab News Online – 25 Januari 2019
FOLLOW US:
Comments
Post a Comment