SERANGAN BOM TERHADAP BAS PELANCONGAN BERHAMPIRAN PIRAMID GIZA, SEKURANG-KURANGNYA EMPAT ORANG TERBUNUH.


28 Disember 2018 - Sekurang-kurangnya 4 orang terbunuh dan 10 lagi cedera selepas bom meletup dipinggir jalan berhampiran bas yang membawa pelancong Vietnam dalam perjalanan menuju ke Piramid Giza. Menurut laporan, tiga orang mati merupakan rakyat Vietnam dan satu lagi mangsa merupakan pemandu pelancong Mesir.

Sumber keselamatan Mesir memaklumkan kepada pihak media bahawa bas tersebut membawa 16 orang penumpang dan bom yang digunakan adalah jenis 'Improvised Explosive Device' (IED) dan dipercayai diletupkan ketika bas menghampiri lokasi sasaran. Pemberita Reuters melaporkan bahawa peranti itu disembunyikan berhampiran dinding di Marioutiya Street di pinggir Kaherah.

Belum ada kumpulan militan yang mengaku bertanggungjawab untuk serangan tersebut. Namun, kumpulan militan Islamic State (IS) dikatakan kumpulan militan yang paling aktif beroperasi terutamanya di wilayah Sinai Utara. Dalam kejadian yang pernah berlaku sebelum ini, kumpulan berkaitan ISIS mendakwa bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan ke atas beberapa target dan lokasi.

Berita penuh: https://bit.ly/2s2DT0i

Comments