2 ANGGOTA POLIS TERBUNUH, 3 CEDERA DALAM INSIDEN LETUPAN DI MESIR




KAHERAH 19 Feb. - Dua anggota polis terbunuh manakala tiga lagi orang awam cedera termasuk seorang pelajar warga Thailand, apabila sebuah alat peledak yang dibawa oleh seorang anggota militan meletup di ibu kota Mesir, semalam.


Kementerian Dalam Negeri Mesir dalam kenyataan memberitahu, kejadian itu berlaku ketika pasukan polis cuba memberkas pengganas itu berhampiran masjid Al Azhar, sebuah destinasi pelancongan popular di daerah Kaherah sebelum alat peledek itu diletupkan.


Selain dua anggota polis, pengganas itu juga terbunuh di tempat kejadian. -REUTERS

Artikel Penuh: Utusan Online – 19 Februari 2019

Sumber Asal: Reuters – 18 Februari 2019
  👉 https://reut.rs/2DTGj6Z


FOLLOW US ðŸ‘‡

"Bersama Menentang Ekstremis"
Alhaq Centre

Comments