.
KUALA LUMPUR: Dua
rakyat tempatan adalah antara enam yang ditahan Bahagian Counter Terrorism
Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit aktiviti keganasan
di Johor, Selangor dan Sabah, antara 19 Disember 2018 hingga 28 Januari lalu.
.
Ketua Polis Negara,
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata penahanan pertama dibuat ke atas seorang
ahli perniagaan warga Singapura berusia 48 tahun di satu lokasi di Johor, pada
19 Disember lalu.
.
Katanya, suspek
dikatakan berperanan menyalurkan dana kepada rakyat Malaysia yang menyertai
Daesh di Syria, Akel Zainal selain menerima arahan merekrut beberapa individu
bagi tujuan melancarkan serangan ke atas bangunan Freemason di Johor Baru.
.
“Tangkapan suspek
ini adalah hasil kerjasama antara Cawangan Khas dan Jabatan Keselamatan Dalaman
(ISD) Singapura.
.
“Suspek diserahkan
kepada pihak ISD Singapura pada 7 Januari lalu selepas selesai menjalani proses
soal siasat oleh Cawangan Khas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
.
Sumber: Berita Harian Online -15 Februari 2019
FOLLOW US 👇
Comments
Post a Comment