MG: Ramai orang Islam mahukan ‘jalan
pintas ke syurga’ dengan menyertai kumpulan pengganas, kumpulan militan. Apa
komen Tuan selaku pegawai yang terlibat secara langsung dalam menjaga keselamatan
negara?
RAZAK: Rasulullah SAW bersabda:
“Berjihadlah menentang hawa nafsu kamu sebagaimana kamu menentang musuh-musuh
kamu.”
Baginda menamakan jihad ini dengan
jihad akbar sebagaimana sabda Rasulullah SAW kepada para sahabat sekembalinya
dari medan perang:
“Kamu telah kembali dari medan jihad
yang lebih kecil untuk menghadapi jihad yang lebih besar. Para sahabat
bertanya: Apakah dia jihad yang lebih besar itu wahai Rasulullah SAW ?
Rasulullah SAW bersabda : Jihad terhadap diri sendiri.”
Jihad melawan hawa nafsu dianggap
jihad yang lebih besar kerana ia merupakan perjuangan menundukkan hawa nafsu
supaya jiwa seseorang itu menjadi bersih dan dapat diarahkan kepada kebaikan.
Dengan itu, diri manusia akan bersih dan mampu untuk melakukan usaha jihad
selanjutnya bagi menentang musuh-musuh Islam di segenap medan pertarungan.
Bila kita dapat mengawal hawa nafsu, mengalahkan hawa nafsu kita, itulah sebenarnya jihad. Dan jangan bimbanglah
pasal jihad-jihad yang lain itu. Tuhan dah kata, Dia takkan membebankan kita
dengan susuatu yang kita tidak mampu.
Ada orang kata, kita kena bersama
dengan Imam Mahdi, kami kenal Imam Mahadi...saya nak tanya juga, imam yang kat
masjid kita tu kamu kenal ke tidak?
Kenal tak imam kat masjid sebelah
rumah tu? Kalau imam tu pun kita tak kenal, macam mana nak kenal Imam Mahadi
yang kita sendiri pun tak kenal?
Yang nak berjihad sangat di tempat
lain tu saya nak tanya juga, masjid sebelah rumah kamu tu ada tak kamu pernah
Subuh berjemaah? Ada tak kamu Isyak berjemaah? Ni sebenarnya, kalau kita nak
tau orang munafik…nak berjuang itulah, inilah tetapi nak sembahyang berjemaah
Isyak dan Subuh pun tak buat.
Tak usahlah berjihad jauh-jauh ke
Syria sebagai contoh…..jihad datang sembahyang berjemaah di masjid dulu..kalau
mampu, barulah fikirkan yang lain-lain. Buat yang lima waktu tu dulu berjemaah,
bangun solat Tahajud dan sebagainya
Kadang-kadang kita boleh melihat
semut di seberang laut, tetapi gajah depan mata pun kita boleh tak nampak.
Musuh utama kita iaitu hawa nafsu kita iaitu dalam diri kita sendiri, kita tak
nampak. Banyak lagi musuh dalam diri yang kita masih tak dapat nak tewaskan
tetapi sibuk nak musnahkan musuh lain.
Kredit: Malaysia Gazette – 29 November
2018
FOLLOW US 👇
Comments
Post a Comment