"Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada
asasnya hidup secara aman dan damai. Kepelbagaian ini satu keunikan yang
sepatutnya dirai dan menjadi kebanggaan rakyat kita.
.
Keharmonian dalam kemajmukan ini menjadikan Malaysia negara yang sering
dicontohi masyarakat antarabangsa, namun sebagai negara dengan rakyat berbilang
kaum dan budaya, masyarakat kita kadangkala berdepan isu sensitif yang boleh
menggugat ketenteraman dan keharmonian.
.
.
Isu ini selalunya menyentuh soal perbezaan kefahaman mengenai agama,
budaya dan kaum masing-masing. Justeru, perbezaan dan kepelbagaian ini perlu
ditangani dan diuruskan sebaik mungkin untuk mengelakkan tercetusnya sebarang
perkara tidak diingini." - Prof Madya Lt Kol Dr Burhanuddin Jalal,
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia
.
Artikel Penuh: Utusan Malaysia - 15 Disember 2018
FOLLOW US 👇
"Bersama Menentang Ekstremis"
Alhaq Centre
Comments
Post a Comment