KONFLIK PAKISTAN-INDIA MEMUNGKINKAN PERANG?


NEW DELHI 27 Feb. - Konfrontasi Pakistan-India dilihat bertambah buruk dengan Islamabad mendakwa menembak jatuh dua pesawat tempur India hari ini, sehari selepas New Delhi melancarkan serangan udara di wilayah pertikaian Kashmir semalam.
.
Jurucakap Tentera Darat Pakistan (PAF), Mejar Jeneral Asif Ghafoor berkata, pesawat tentera udara India terbang di ruang udara Pakistan ketika PAF melancarkan operasi berhampiran sempadan Kashmir di bahagian India.
.
Susulan itu, Pakistan menutup ruang udaranya berikutan risau berlaku konflik habis-habisan dengan India.
.
Pihak Berkuasa Penerba­ngan Awam (CAA) menyatakan ‘secara rasmi penutupan ruang udara Pakistan sehingga notis lanjut manakala jurucakap tentera Pakistan menjelaskan keputusan itu berikutan keadaan situasi semasa.
.
Menurut laporan Reuters, salah sebuah daripada pesawat tersebut ‘jatuh’ di sempadan Kashmir di bahagian India manakala sebuah lagi pesawat mendarat di Pakistan, mengakibatkan dua juruterbang ditahan.
.
Jurucakap Kementerian Luar India, Rajeesh Kumar pula memaklumkan sebuah jet pejuang Pakistan ditembak jatuh dan dilaporkan terhempas di wilayah Pakistan.
.
Di Srinagar, sebuah helikopter milik Tentera Udara India terhempas serta meletup menyebabkan tiga terbunuh dan pihak berkuasa sedang menyi­asat punca kejadian.
Dalam kejadian semalam, India melancarkan sera­ngan udara terhadap apa yang didakwa sebagai ‘kem latihan pengganas’.
.
Setiausaha Luar India, Vijay Gokhale menyifatkan sera¬ngan itu sebagai ‘langkah awal’ selepas menerima maklumat bahawa kumpulan militan Jaish-e-Mohammed (JeM) yang terbabit dalam insiden pengebom bunuh diri baru-baru ini, melatih anggota untuk serangan baharu di kawasan berkenaan.
.
Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd  - 28 Februari 2019
.

FOLLOW US ðŸ‘‡

"Bersama Menentang Ekstremis"
Alhaq Centre

Comments