Rakaman CCTV menunjukkan Shamima
Begum ketika berada di Bandaraya Gatwick, England, sebelum bertolak ke Turki dan
menyeberangi Syria untuk menyertai ISIS pada tahun 2015. Empat tahun
berlalu, kini Shamima ingin kembali ke pangkuan keluarga. (via
BBC)
BAGHOUZ, Syria - Shamima Begum
menceritakan kembali pengalamannya ketika menyertai dengan kumpulan militan
Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) empat tahun lalu. Beliau bersama dua rakannya,
Kadiza Sultana dan Amira Abase, telah meninggalkan Bethnal Green, England dan
pergi ke Syria.
.
Dalam wawancara dengan wartawan The
Times - Anthony Loyd, Shamima yang ketika itu berusia 15 tahun dan menjalani
kehidupan yang ‘normal’.
.
"Sejak itu hingga lah sekarang
beliau masih terngiang dengan bunyi bom, dan baginya pengalaman seperti itu
merupakan perkara biasa dalam kehidupanya di sana," ujar Shamima yang
dipetik dalam berita Sky News dan BBC pada 13 Feb 2019.
.
Menurut Shamima, beliau berada di
kem pelarian al-Hawl yang terletak di utara Syria, dan bersamanya termasukkah
39,000 orang yang melarikan diri ke Baghouz.
.
Baghouz adalah sebuah bandar di Deir
Ezzor yang kini menjadi kubu pertahanan terakhir kumpulan ISIS, yang sedang
diserang oleh anggota Angkatan Demokratik Syria (SDF).
.
Shamima menceritakan bagaimana dia
berbohong meminta izin dari ibu bapanya untuk dia dan kawan-kawan keluar selama
sehari. Namun, mereka bertiga telah pergi ke Lapangan Terbang Gatwick dan untuk
menaiki kapal terbang ke Turki, sebelum melintasi sempadan untuk ke Syria.
.
Tiga pelajar Akademi Bethnal Green
itu pergi ke Syria mengikuti rakan lain dan bagi Sharmeena Begum, inilah yang
pertama kali beliau pergi ke Syria.
.
Tiba di Raqqa, Shamima berkata, dia
dan dua sahabatnya ditempatkan bersama wanita yang bersedia menjadi pengantin
perempuan. Pada mulanya, Shamima secara sukarela mencadangkan diri untuk
berkahwin dengan seorang ahli ISIS yang boleh berbahasa Inggeris dan berusia
20-25 tahun. Sepuluh hari kemudian, beliau berkahwin dengan seorang ahli dari
Arnhem, Belanda, bernama Yago Riedijk. Sementara teman-temannya menikahi
anggota asal Australia hingga Bosnia.
.
Shamima mendedahkan, dia telah
melahirkan dua orang anak. Walau bagaimanapun, mereka meninggal dunia ketika
berusia lapan dan 21 bulan. "Saya sangat terkejut dan akhirnya saya tidak
dapat menerimanya," katanya. Dia juga kehilangan sahabatnya Kadiza yang
dipercayai terbunuh di Raqqa pada Mei 2016 walaupun sehingga kini laporan itu
belum disahkan.
.
Shamima berkata, rumah Kadiza
terkena bom yang memusnahkan ruang bawah tanah yang digunakan sebagai tempat
bersembunyi. "Pada mulanya saya tidak percaya, saya fikir jika kita mati,
kita akan mati bersama, tetapi kini saya fikir bayi saya," katanya. Sekarang,
Shamima berusia 19 tahun dan mengandungi anak ketiga.
.
Bersama suaminya, dia melarikan diri
dari Baghouz dua minggu lalu. Suami telah menyerah diri kepada SDF dan sehingga
kini tidak dapat dilihat. Dia mengaku telah berbincang dengan ibunya baru-baru
ini. Bimbangkan bahawa anak ketiganya akan mati di kem pelarian seperti anaknya
yang sebelum ini, Shamima berkata, pada masa ini dia sedang mempertimbangkan
untuk kembali ke England. Shamima memberitahu kedua ibu bapanya bahawa bahawa
beliau memerlukan bantuan dan sokongan untuk kembali ke England dan melahirkan anak
di sana.
Dia mengaku sudah maklum akan respon
keluarganya. "Namun, saya ingin pulang demi anak saya dan hidup tenang di
sana," kata Shamima.
Mengenai ISIS, Shamima menegaskan
bahawa pada mulanya dia tidak menyesal meninggalkan England dan hanya mula menyesal
menyertai kumpulan itu pada tahun 2015.
.
"Bagaimanapun, saya tidak
menjangkakan ia akan menjadi lebih teruk seperi sekarang dan jumlah mereka kini
semakin kecil. Selain itu, rasuah dan penindasan menjadikan mereka memang tidak
layak untuk menang," katanya.
.
Kakak Shamima, Renu, memberitahu ITV
News bahawa dia bersyukur kerana saudaranya telah dijumpai selamat dan meminta
pihak berkuasa di London membenarkan Shamima pulang. "Dia hamil dan tidak
berdaya, sangat penting bagi kami untuk membawanya dari kem al-Hawl ke sini
secepat mungkin," kata Renu.
.
Artikel asal: Kompas.com – 14
Februari 2019
FOLLOW US 👇
Comments
Post a Comment