KUALA LUMPUR: Ahli
perniagaan warga Singapura yang ditahan di Johor Bahru pada 19 Disember tahun
lalu dikenal pasti sebagai rakan subahat kepada militan Daesh rakyat Malaysia
di Syria dikenali sebagai Akel Zainal.
.
Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan
Mohamed Kazali Salleh, 48, membiayai perbelanjaan ketika Akel Zainal atau nama
sebenarnya Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin, ke Syria pada 2013.
.
“Suspek berpindah
ke Johor Bahru bersama keluarganya sejak kecil dan bekerja di sana sejak lebih
sedekad lalu.
.
“Suspek pertama
kali bertemu Akel pada 2009 dan sejak itu dipercayai terpengaruh dengan
pandangan radikal serta teori konspirasi perjuangan Daesh, selain dikatakan
membiayai perbelanjaan Akel ke Syria pada 2013.
“Suspek turut
menampung keperluan Akel di Syria hingga sekarang, selain turut berbai’ah
dengan pemimpin Daesh, Abu Bakr Al-Baghdadi, atas desakan Akel,” kata kenyataan
itu.
.
Kenyataan itu
menyebut, Kazali pernah beberapa kali dipelawa berjuang di Syria namun tidak
berbuat demikian kerana tidak sanggup meninggalkan keluarganya di Malaysia.
.
Dia juga dilaporkan
giat menyebarkan kegiatan Akel di Syria di media sosial, bertujuan mempengaruhi
penyokong Daesh berjuang di negara itu.
.
“Kazali turut
berperanan sebagai pihak yang merancang perjalanan penyokong Daesh yang ingin
berjuang di Syria melalui Akel,” katanya.
.
Berita Harian Online – 15 Februari 2019
Berita Penuh 👉 https://bit.ly/2Ne9xlt
FOLLOW US 👇
Comments
Post a Comment