SATUN (Thailand): 2 butir bom meletup di Balai Polis
Satun, Wilayah Satun di selatan Thailand malam tadi, namun tiada kemalangan
jiwa dilaporkan dalam insiden itu. Ketua Polis Muang Satun, Pacharapol Na
Nakorn berkata, dalam kejadian pertama kira-kira 10.15 malam (waktu tempatan),
sebutir bom dipercayai meletup di dalam tong sampah di depan Balai Polis Satun.
Dalam kejadian kedua pada 10.50 malam beliau berkata,
sebutir bom meletup di tempat letak kenderaan balai polis itu yang mana ia
dipasang di sebuah motosikal sebelum diletupkan.
“Siasatan skuad bom (EOD) mendapati bom yang digunakan dalam
insiden itu adalah bom buatan sendiri. Tiada serpihan bom ditemui,” katanya.
Kereta dan motosikal di tempat letak kenderaan balai
polis mengalami kerosakan akibat insiden itu.
Pacharapol berkata, polis juga menemui sebutir bom di
pasar raya Makro, dekat sini dan ia berjaya dimusnahkan.
Pihak polis turut menemui 4 objek yang mencurigakan di
Daerah Pakpayun, Wilayah Pattalung, kira-kira 150 kilometer dari sini. Siasatan
lanjut sedang dijalankan.
Semalam, genap 110 tahun Patani dijajah oleh kerajaan
Thailand. Pada 10 Mac 1909 satu perjanjian antara Siam dan British, iaitu The
Anglo-Siamese Treaty of 1909 atau Bangkok Treaty of 1909 ditanda tangani membahagikan
kawasan pemerintahan antaran Siam dengan British.
Isi kandungan penting perjanjian tersebut ialah negeri
Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan pulau-pulau bersebelahan diserah kepada
British untuk memerintah, manakala 5 wilayah selatan Thai, iaitu Patani, Yala,
Narathiwat, Songkla dan Satun diserah kepada Thailand.
Full news: https://www.facebook.com/alhaqcentre2020
FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://www.instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment