KUALA LUMPUR: Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menahan sembilan individu disyaki terlibat dalam kumpulan
pengganas yang merancang untuk melancarkan serangan berskala besar di beberapa
buah negara.
Tangkapan dibuat bagi tempoh 2
hingga 9 Februari lalu melalui operasi khas yang digerakkan Bahagian Couter
Terrorism Cawangan Khas PDRM..
Ketua Polis Negara, Tan Sri
Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada dua warga
termpatan, enam warga Mesir dan seorang Tunisia.
Menurutnya, operasi dilancarkan setelah pihaknya
menerima maklumat risikan daripada beberapa agensi perisikan asing mengenai
kehadiran beberapa suspek ‘Foreign Terrorist Fighters’ yang menganggotai
kumpulan pengganas Ansar Al-Shariah Al-Tunisia.
Menurutnya, kumpulan tersebut merupakan gabungan
al-Qaeda yang beroperasi di utara Afrika dan telah disenaraikan sebagai
kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Full news: https://www.facebook.com/alhaqcentre2020
FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://www.instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment