LONDON -
Sekurang-kurangnya empat buah masjid yang terletak di Birmingham, England
diserang dengan menggunakan tukul besi malam semalam dan pagi tadi.
Manakala, menurut
beberapa laporan, banyak aduan mengenai perbuatan vandalisme itu diterima dalam
masa sejam.
Polis Midlands Barat
menyiasat serangan itu sebagai berkaitan dan mendapat kerjasama daripada polis
antipengganas.
Serangan itu
mengakibatkan masyarakat Islam ketakutan beberapa hari selepas serangan
keganasan ke atas dua buah masjid di New Zealand meragut 50 nyawa.
Polis mengesahkan
bahawa masjid dikenali sebagai Witton Road Islamic Centre di Witton antara yang
diserang malam semalam.
Menurut polis,
pihaknya turut menerima aduan pada pukul 2.32 pagi tadi mengenai seorang lelaki
bersenjatakan tukul besi bertindak memecahkan tingkap-tingkap sebuah masjid di
jalan Birchfield Road.
Polis turut menerima
aduan serangan serupa pada pukul 3.14 pagi ke atas sebuah masjid di Erdington
diikuti beberapa aduan lain.
“Buat masa ini, kami
tidak pasti tentang motif serangan itu.
“Apa yang boleh saya
katakan adalah polis dan Unit Anti Keganasan kini bekerjasama untuk memburu
mereka yang bertanggungjawab,” kata pegawai polis Midlands Barat. – Agensi
BERITA PENUH :
https://bit.ly/2umaCio
Credit to : KOSMO
ONLINE- 21 MAC 2019
FOLLOW US 👇
.
Comments
Post a Comment