KEGANASAN DI GAZA BOLEH MENJADI BENCANA - PBB




.
NEW YORK: Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Asia Barat, hari ini, memberi amaran bahawa lonjakan keganasan di Gaza boleh membawa kepada bencana kerana Israel dan Hamas masih meneruskan serangan walaupun ada perjanjian gencatan senjata.
.
Nickolay Mladenov memaklumkan kepada Majlis Keselamatan bahawa situasi di wilayah itu kembali tenang, namun ketegangan masih tinggi, selepas Hamas bersetuju dengan gencatan.
.
“Saya bimbang kita akan menyaksikan satu lagi lonjakan keganasan amat berbahaya di Gaza dengan potensi kesan yang membawa bencana.
.
“Tempoh dua hari lalu menunjukkan bagaimana kita amat hampir kepada perang, sekali lagi,” kata Mladenov dalam mesyuarat majlis untuk Asia Barat.
.
Israel meneruskan serangan udara di Gaza, hari ini, dan pejuang Palestin melancarkan roket baharu walaupun dengan kewujudan gencatan.
.
Difahamkan, PBB sedang bekerjasama dengan Mesir untuk memastikan gencatan bertahan bagi mengelak perang keempat di wilayah Palestin itu. – AFP
.
Kredit: Berita Harian Online – 26 Mac 2019
.
FOLLOW US 👇
.

Comments