Berita
atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan dahulu
kebenarannya dan ketepatan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau
perkara yang tidak baik berlaku seperti menfitnah, menipu dan memburukkan
seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan. Perkara ini
menjadi salah satu agenda al-Quran di mana Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن
جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا
عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan. (Surah al-Hujurat: 6)
"Bersama Menentang Ekstremis"
Alhaq Centre
FOLLOW US 👇
"Bersama Menentang Ekstremis"
Alhaq Centre
Comments
Post a Comment