Serangan trem: Tiga maut, sembilan cedera dalam insiden tembakan di Belanda


UTRECHT, Belanda - Sekurang-kurangnya tiga maut dan sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan trem di bandar Utrecht, awal hari ini.
"Buat masa ini, kami mengesahkan tiga kematian dan sembilan mangsa lain cedera, tiga daripada mereka cedera parah," kata Datuk Bandar, Jan van Zanen, dalam kenyataan video di laman Twitter.
Menurut polis anti keganasan, insiden tembakan berkenaan kelihatan seperti serangan pengganas.

Sementara itu, koordinator polis anti keganasan Pieter-Jaap Aalbersberg berkata, fokus utama buat waktu ini adalah untuk menangkap penembak yang masih bebas, menurutnya seorang lelaki warga Turki berusia 37 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan insiden tersebut sedang diburu.

Memetik laporan Reuters, suspek dikenal pasti sebagai Gokmen Tanis (gambar kecil).

Susulan kejadian itu, polis anti-pengganas telah dihantar bagi mengepung dan menjejak suspek yang memulakan tembakan itu.

Tahap ancaman keselamatan di Utrecht berada pada tahap paling tinggi dan laporan mengatakan perkhidmatan kereta api tidak dibenarkan memasuki stesen Utrecht.

Manakala, kesemua sekolah dan masjid juga telah diarahkan tutup ekoran timbul kebimbangan ia mempunyai kaitan terhadap kejadian tembakan ke dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas, yang hingga kini telah mengorbankan 50 orang. - AFP/Reuters

FOLLOW US ðŸ‘‡

.
https://www.facebook.com/alhaqcentre2020/


Comments