SUSUR
GALUR KONFLIK KASHMIR - PERANAN MALAYSIA SEBAGAI ARKITEK PERDAMAIAN
.
Sejak
perang Afghanistan-Russia tercetus pada 1980-an, ribuan pejuang jihad
bersama-sama Gulbuddin Hikmatyar dan Burhanuddin Rabbani untuk mengalahkan
tentera Kristian. Puluhan pejuang jihad rakyat Malaysia dilaporkan memasuki
Afghanistan melalui jalan darat dari India dan Pakistan. Perkara sama juga
dilakukan oleh pejuang jihad dari negara lainnya. Malah, ramai juga di antara
mereka itu yang diindoktrinasikan semasa mengikuti pengajian bersama tokoh
aliran Salafi Wahhabi di pondok dan universiti persendirian di India dan
Pakistan. Makanya isu Kashmir ini dilihat mampu membuka semula medan jihad yang
kelihatannya ditamatkan selepas kekalahan ISIS di Iraq dan Syria, baru-baru
ini.
.
Jadi
jelas kepada kita bahawa banyak pihak memainkan peranan di sebalik konflik yang
berlaku diantara India-Pakistan. British dan kuasa empayar dunia sengaja
meninggalkan konflik yang berpanjangan sebagaimana yang berlaku di banyak
negara jajahanya di dunia termasuk Selatan Thailand, Selatan Filipina, Sudan,
Mesir, Nigeria, Afrika Selatan dan lain-lain lagi. Raja Hari Singh yang
memerintah Kashmir juga membuat tindakan tidak tepat dengan membuat perjanjian
dengan kedua-dua negara sekali gus. JeM juga ada memainkan peranan dalam
insiden ini teruatama melalui serangan konvoi askar India di Pulwama, Kashmir
pada 15 April lalu yang mengorbankan 40 askar India.
.
Sudah
sampai masanya Malaysia memainkan peranan utama dalam menyelesaikan
pertelagahan yang berlaku antara kedua-dua negara ini. Kemampuan Malaysia
sebagai arkitek perdamaian di Selatan Thailand dan Selatan Filipina boleh
dijadikan asas untuk membantu dalam mencari solusi terbaik untuk kemanan dunia.
.
Kredit:
Harian Metro - 05 Mac 2019
.
#alhaqcentre
#extremist
#kashmir
#malaysianagainstterrorism
#stopextremism
#saynototerrorism
#saynotoviolence
#peacenowar
#rohingya
#cintakankeamanan
#hentikansengketa
.
FOLLOW
US 👇
.
https://al-haqcentre.blogspot.com/
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment