TERRORISME ALAF BARU




.
Abad ke-21 telah menyaksikan fenomena terorisme menjadi semakin kompleks dan ia mencetuskan dimensi ancaman baru kepada keselamatan antarabangsa. Beberapa kumpulan
pengganas baru seperti Islamic State (IS) dan Boko Haram telah muncul di persada global dan kumpulan sebegini dilihat mengambil kesempatan atas situasi politik yang tidak menentu untuk melancarkan tindakan keganasan dan kekacauan ke atas sesebuah negara demi mencapai objektif politik mereka. Apa yang membimbangkan adalah kemunculan kumpulan pengganas seperti IS dan Boko Haram ini telah memberi kesan kepada kestabilan dan keharmonian dalam sesebuah negara tersebut seterusnya berupaya mengubah landskap keselamatan dunia pada hari ini.
.
Kebanyakan pakar pengkaji keganasan antarabangsa seperti Alex Scmidt, Bruce Hoffman, Paul Wilkinson, Oliver Roy dan Walter Laqueur bersetuju bahawa terorisme kini telah berubah kepada satu dimensi baru yang dipanggil ‘new terrorism’ atau terorisme alaf baru.
.
Anjakan terorisme daripada ‘old’ kepada ‘new’ ini sejajar dengan perubahan teknologi,
demografi penduduk, situasi politik antarabangsa, situasi dan kondisi dalaman sesebuah negaradan kepekaan manusia terhadap perubahan persekitaran mereka. Terorisme alaf baru kini menyaksikan pelaku, motif, taktik, motivasi, strategi, matlamat dan struktur organisasi yang berbeza berbanding dengan ‘old terrorism’.
.
Oleh kerana dimensi terorisme kini telah berubah, maka ia turut memberi kesan kepada usaha-usaha melawan terorisme (countering terrorism) yang dilakukan oleh pelbagai agensi kerajaan kerana kefahaman tentang ciri-ciri terorisme alaf baru akan dapat memastikan keberkesanan usaha mencegah keganasan yang telah dan akan diformulasikan.
.
Artikel Penuh:
https://btdmonline.net/…/corak-terkini-terorisme-alaf-baru…/
.
Kredit - Sel Keganasan, Direktorat Analisis, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Angkatan Tentera Malaysia
.
FOLLOW US 👇
.
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments