UPACARA MEMPERINGATI MANGSA TRAGEDI CHRISTCHURCH BERMULA HARI INI


CHRISTCHURCH : Upacara memperingati semua mangsa pembunuhan Christchurch bermula dengan rintihan mengikut tradisi masyarakat Maori yang dilaungkan di bandar South Island, hari ini.
.
Kehadiran Perdana Menteri Jacinda Ardern pada majlis terbabit turut disertai wakil 59 negara, rakan sejawat dari Australia, Scott Morrison serta puluhan ribu tetamu lain.
.
Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel berkata, tragedi 15 Mac oleh pelampau kulit putih yang meragut 50 nyawa itu adalah serangan ke atas semua penduduk bandar berkenaan.
.
“Ia diinspirasikan oleh kebencian dan tindakan itu dirancang untuk memecah belah perpaduan yang kita semai selama ini.
.
“Perbuatan berkenaan sebaliknya lebih menyatukan kita kerana ia menimbulkan perasaan kasih dan sayang tidak berbelah bahagi, tanpa mengira asal usul serta keturunan,” katanya.
.
Upacara terbabit yang bertemakan ‘Kita Adalah Satu’ ditayangkan secara langsung oleh stesen televisyen rasmi New Zealand.
.
Azra Chida yang datang dari Auckland berkata, beliau kehilangan dua sahabat karib, Linda Armstrong dan Ata Elayyan dalam serangan itu.
.
“Saya hadir untuk bertemu keluarga mereka dan memberikan penghormatan serta melawat mangsa di hospital,” katanya sebelum upacara bermula.
.
Penduduk tempatan, Bobby Turner pula memberitahu, kehadiran beliau adalah atas semangat perpaduan dan membuktikan keprihatinan.
.
“Ia adalah satu malapetaka yang amat dahsyat. Semua mangsa hanya mahu menunaikan ibadat masing-masing. Waktu sembahyang seharusnya berlangsung dengan penuh ketenangan dan dipenuhi rasa cinta terhadap agama,” katanya.
.
Penyanyi British yang sudah memeluk Islam, Cat Stevens atau Yusuf Islam diberi kepercayaan memimpin bacaan doa pada majlis berkenaan.
.
Tetamu juga akan mendengar pengalaman mangsa terselamat, Farid Ahmed yang kehilangan isterinya, Husna dalam tragedi itu. – AFP
.
Kredit: Berita Harian - 29 Mac 2019
Artikel Penuh 👉 https://bit.ly/2FBriHX
.
FOLLOW US 👇
.
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre


Comments