Dunia hari ini semakin menuju
penghujungnya. Pelbagai peristiwa dan fenomena alam yang berlaku di muka bumi
ini menunjukkan betapa tuanya usia bumi Allah SWT. Jangkaan manusia mengenai
perubahan iklim dan cuaca sering kali tersasar disebabkan ketidakstabilan alam.
Ini sememangnya tidak dapat dinafikan semua
pihak. Justeru, adakah kita masih mahu bertangguh untuk bertaubat kepada Allah
SWT atas setiap dosa dan kemungkaran yang telah kita lakukan?
Amat malang bagi kita jika setiap bencana
yang berlaku seperti gempa bumi di Nepal baru-baru ini, langsung tidak membawa
kesedaran dalam hati. Bukankah ini juga antara peringatan daripada Allah SWT?
Renungkan peringatan Nabi SAW dalam sabda
Baginda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga banyak terjadinya 'Al-Haraj'.
Sahabat bertanya: Apakah itu 'Al-Haraj' wahai Rasulullah? Baginda menjawab:
Pembunuhan demi pembunuhan." (Riwayat Imam Muslim)
Isu jihad oleh militan Negara Islam (IS) di
Malaysia seolah-olah belum menemui titik penghujungnya. Semakin hari semakin
banyak berita yang dipaparkan media massa mengenai pembabitan rakyat Malaysia
yang berjihad bersama mereka.
.
Perjuangan militan IS menyalahi jihad
sebenar
.
Bukan sahaja orang dewasa, malah remaja
juga ada yang terbabit dalam kumpulan ini. Militan IS bukan sahaja sanggup
memerangi orang yang tidak bersetuju berbai'ah dengan mereka, bahkan tanpa
belas kasihan sanggup membunuh. Inikah jihad yang sebenar?
.
Sebenarnya perbuatan mereka ini adalah satu
kebatilan dan kemungkaran yang amat jelas. Justeru, jelaslah perjuangan mereka
sememangnya menyanggahi jihad sebenar. Sedangkan jihad itu bersih daripada
kebatilan dan kemungkaran.
Berjihad memerangi kebatilan dengan cara
lebih berhikmah tanpa mengangkat senjata atau peperangan seperti militan IS
adalah lebih utama untuk dilaksanakan khususnya di Malaysia. Sememangnya sudah
menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam untuk memerangi kebatilan di samping
memartabatkan kebenaran.
Sedarlah, kita adalah satu umat yang
sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti difirmankan
Allah SWT yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh
berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah
(buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang
berjaya." (Surah Ali-Imran, ayat 104)
Pelbagai bentuk kebatilan berlaku dalam
masyarakat terutama umat Islam di negara ini. Jika tidak dibendung dan diatasi
segera, dibimbangi suatu masa nanti ia dilihat baik pada pandangan mata
masyarakat. Sedarlah bahawa barah kebatilan ini mesti dicegah
bersungguh-sungguh.
[Martabatkan Islam]
Marilah kita berjihad memerangi bentuk
kebatilan seperti fitnah di media sosial, gejala negatif dalam media, ajaran
dan pemikiran sesat, khurafat dan bidaah. Yakinlah setiap usaha yang kita
lakukan untuk memerangi kebatilan adalah jihad semata-mata memastikan Islam dimartabatkan,
syariat diperteguhkan dan akidah dipertahankan.
Sesungguhnya kebatilan disebabkan oleh
tangan-tangan manusia yang mengingkari perintah Allah SWT dan Rasul. Jihad
memerangi kebatilan wajib kepada setiap umat Islam dengan cara berhikmah tanpa
perlu mengangkat senjata.
Berusahalah untuk menjadi penegak kebenaran
dan penentang kebatilan walaupun dengan usaha yang kecil atau sedikit.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan
katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang
salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara
yang tetap lenyap." (Surah al-Isra', ayat 81)
Kredit: Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI)
FOLLOW US 👇
.
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment