.
Ramai dalam kalangan umat Islam hari ini
memahami kalimah jihad dengan maksud yang satu iaitu berperang menentang musuh
Islam. Apabila disebut jihad, mereka menganggap jihad bererti memerangi orang
kafir semata-mata.
.
Keterikatan inilah yang menjadikan
mereka memandang jihad hanya dari sudut itu sehingga mengabaikan tuntutan jihad
yang lain. Kesan daripada kesilapan memahami maksud jihad ini timbullah
pelbagai reaksi negatif dalam memenuhi tuntutan jihad.
.
Malah ada rakyat negara ini yang sanggup
ke luar negara menyertai kumpulan mendakwa berjihad memperjuangkan Islam,
sedangkan ternyata apabila disuluh dari perspektif Islam, perjuangan mereka
sebenarnya jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.
.
Apa yang lebih menyedihkan ialah
sebahagian daripada anggota kumpulan ini sanggup membunuh sesama Islam dengan
cara yang amat kejam. Bagaimana mereka boleh terjebak dengan pegangan dan
fahaman seperti ini?
.
Bukankah Allah SWT telah mengingatkan
supaya tidak membunuh orang yang telah menyatakan keislaman mereka. Renungi
firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, apabila kamu
pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu
menyelidik (apa juga perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu
(terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai
(dengan memberi salam atau mengucap dua kalimah syahadah): Engkau bukan orang
yang beriman (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak harta benda kehidupan
dunia. Kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak.
Demikianlah juga keadaan kamu dahulu lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada
kamu. Oleh itu selidikilah (janganlah bertindak dengan terburu-buru).
Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu
lakukan." (Surah an-Nisaa, ayat 94)
.
Kredit: Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI)
.
FOLLOW US 👇
.
Comments
Post a Comment