TEBUSAN RAKYAT MALAYSIA DITEMBAK OLEH KUMPULAN YANG DIKAITKAN DENGAN IS MENINGGAL DUNIA


Mangsa culik Jari Abdullah, seorang rakyat Malaysia yang cedera ditembak oleh kumpulan yang dikaitkan dengan militan Negara Islam (IS) di selatan Filipina, semasa cuba melarikan diri, meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Zamboanga, Mindanao pada Selasa, demikian disahkan oleh pihak berkuasa Filipina.

Terdahulu itu berlaku kejadian tembak menembak antara Tentera Filipina dan anggota kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai diketuai oleh Najir Arik di pulau tersebut. Jari ditemui terbaring oleh Pasukan Marin Sulu Filipina berhampiran laluan keluar yang digunakan penculiknya.

Sumber: Berita Benar - 9 April 2019

FOLLOW US 👇

https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments