KANO (NIGERIA): Seramai 14 pembalak maut di tangan militan Boko Haram
ketika sedang mengutip kayu api di timur laut Nigeria, lapor penduduk tempatan
dan pasukan tentera awam anti militan.
Mayat kesemua mangsa ditemui di perkampungan Duwabayi berhampiran pekan
Monguno di negeri Borno lewat malam tadi oleh sekumpulan pembalak lain.
“Mayat 14 pembalak itu dibawa ke balai polis di Monguno selepas
dilaporkan beberapa penduduk kampung,” kata ketua pasukan tentera awam kampung
berkenaan.
Perkampungan Duwabayi ditinggalkan tahun lalu selepas penduduk melarikan
diri ke kem perlindungan di Monguno bagi mengelakkan serangan Boko Haram.
Kumpulan yang setia pada serpihan militan Daesh dipercayai menjadikan
kawasan itu kini sebagai tempa mereka beroperasi.
“Empat belas mayat dibawa petang ini ke Monguno dan orang ramai
berpusu-pusu mengunjungi balai polis untuk melihat jika mereka boleh mengenal
pasti mangsa,” kata penduduk pekan itu, Kulo Gana.
Seorang lagi penduduk, Bunami Mukhtar berkata semua mayat itu dipenuhi luka
kesan tembakan.
Kesemua pembalak terbabit adalah antara ribuan penduduk yang menghuni kem
perlindungan di pekan itu selepas kehilangan rumah masing-masing akibat
serangan militan. – AFP
Sumber: BH Online- 1 Mei 2019-05-02
FOLLOW US 👇
https://facebook.com.alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment