[ARTIKEL] CORAK TERKINI TERORISME ALAF BARU (NEW TERRORISM) -SIRI 2- CIRI TERORISME


[ARTIKEL]CORAK TERKINI TERORISME ALAF BARU (NEW TERRORISM)

-SIRI 2-

CIRI-CIRI TERORISME

Terorisme mempunyai beberapa ciri yang jelas untuk membezakannya dengan aktiviti-aktiviti jenayah-jenayah lain. Sesetengah kumpulan pengganas berselindung di sebalik istilah „pejuang kebebasan ‘separatis’ ‘national liberators’ dan fundamentalis bagi menjustifikasikan aksi dan tindakan keganasan mereka. Namun begitu, terorisme sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang sangat jelas seperti berikut:

• Tindakan dan aksi terorisme adalah dirancang dengan teliti (premeditated). Ia bukannya satu tindakan yang dilakukan secara spontan (impromptu). 

• Terorisme bermotifkan politik (untuk mengawal wilayah atau mendirikan sebuah negara/Daulah)

• Terorisme dilakukan oleh ‘non-state actor’ iaitu individu atau kumpulan-kumpulan yang tidak mempunyai afiliasi dalam sesebuah negara dan bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan serta undang-undang antarabangsa. 

• Terorisme menyasarkan orang awam.

• Aksi dan tindakan terorisme memberi kesan psikologi bukan sahaja kepada sasaran mereka malah ia pergi lebih jauh lagi iaitu kesan trauma, ketakutan dan kejutan kepada masyarakat umum secara keseluruhannya.
Berdasarkan ciri-ciri terorisme yang telah dinyatakan ini, dapat rumuskan definisi terorisme yang boleh diguna pakai adalah seperti berikut:

“Individu atau kumpulan yang menggunakan atau mengancam untuk menggunakan   kekerasan fizikal dan psikologikal  yang telah dirancang untuk mencapai tujuan politik dengan menyasarkan orang awam di mana ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta nilai-nilai kemanusiaan”

Sumber: Lt Kol Dr Zulkarnain Haron dan Lailatul Afizdha Arip,
Sel Keganasan, Direktorat Analisis, BSPP



FOLLOW US ðŸ‘‡


Comments