[ARTIKEL]CORAK TERKINI TERORISME ALAF BARU (NEW TERRORISM)


-SIRI 1-

DEFINISI DAN CIRI-CIRI TERORISME

Sehingga kini, istilah terorisme masih tidak mempunyai definisi yang tepat. Terdapat 212 definisi yang berbeza tentang istilah terorisme yang digunakan oleh pelbagai agensi dan kerajaan di dunia sekarang2. Menurut Mark Juergensmeyer, terorisme berasal dari bahasa latin, “Terrere” yang bererti menimbulkan rasa gementar dan rasa cemas. Jika diterjemah dari bahasa Inggeris “to terrorize” perkataan ini bermaksud "menakut-nakutkan”.
.
.
“Terrorist” bermaksud teroris atau pelaku keganasan. 'Terrorism’ pula bermaksud menimbulkan ketakutan atau membuat gentar.  Dalam bahasa Arab, ia dipanggil ‘irhabiyyah’. Secara umum, istilah terorisme diertikan sebagai satu bentuk serangan (fahaman/ideologi) terkoordinasi yang dilancarkan oleh kelompok tertentu dengan maksud untuk membangkitkan perasaan takut di kalangan masyarakat. Terorisme adalah merupakan satu kaedah atau "method" yang mempunyai tujuan untuk membuat orang lain merasa ketakutan, sehingga dapat menarik perhatian masyarakat yang lebih luas. Terorisme telah digunakan sebagai senjata psikologi untuk menciptakan suasana panik, tidak menentu serta menciptakan ketidakpercayaan masyarakat terhadap kemampuan pemerintah dalam menangani situasi keselamatan negara.
.
.
Definisi terorisme telah menjadi istilah yang sangat kompleks kerana setiap kelompok atau individu memiliki maksud tersendiri mengenai definisi terorisme ini sesuai dengan faktor psikologi dan matlamat perjuangan masing-masing.
.
.
Ini dilihat bertepatan dengan istilah cliché yang menyatakan "one man's terrorist is another man's freedom fighter". Kumpulan pengganas tidak kira apa jua orientasi perjuangan mereka menggunakan tindakan keganasan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:
i- Attention (perhatian).
ii- Acknowledgement (pengakuan).
iii- Recognition (pengiktirafan).
iv- Authority (kuasa).
v- Governance (pentadbiran).

Sumber: Lt Kol Dr Zulkarnain Haron dan Lailatul Afizdha Arip, Sel Keganasan, Direktorat Analisis, BSPP


FOLLOW US 👇

https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments