DAESH: PEMANDU TEKSI DIPENJARA 10 TAHUN GARA-GARA SUMBANG RM90 KEPADA PENGGANAS



KUALA LUMPUR 28 Mei - Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tiga pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh pada 2016.

Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak menjatuhkan hukuman terhadap Nor Mizan Panijan, 40, selepas pihak pendakwaan berjaya mengemukakan prima facie dalam perbicaraan kes tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Nor Mizan dalam tiga kes berkenaan berjalan secara serentak bermula tarikh tangkap iaitu 15 Julai 2016.

Berdasarkan pertuduhan, Nor Mizan didakwa te¬lah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh melalui aplikasi Telegram dalam Kumpulan 'Gagak Hitam' dengan menggunakan nama 'mrzack786' dalam telefon pintar miliknya.

Perbuatan tersebut dilakukan pada 30 Mac dan 2 April 2016 Blok A02-05, Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini.

Tertuduh juga didakwa te¬lah mengendalikan harta pengganas, Muhammad Wandy Mohamed Jedi, 26, dengan cara memasukkan RM70 ke akaun Maybank Bhd., milik Mohd. Ha¬niffa Syedul Akbar dan mema¬sukkan RM20 ke akaun Maybank milik Bukhori Che Noor bagi manfaat pengganas.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 1 Februari dan 4 April lalu, di sebuah mesin deposit tunai (CDM) Maybank di aras bawah, Menara Hup Seng, Jalan P. Ramlee, di sini.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia didakwa memiliki barang-barang yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan kumpulan pengganas Daesh iaitu 21 video dan 10 gambar dalam telefon pintar jenis Apple miliknya.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi dibuat me¬ngikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 130JB(1)(a) dan Seksyen 130Q(1) kanun sama. -UTUSAN ONLINE

Kredit: Utusan Online – 28 Mei 2019
https://bit.ly/2JIdJuJ

SILA IKUTI KAMI DI 👇

https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments